Mobile Fokus

Malaysia Tech News Portal

Apa yang anda perlu tahu tentang pemproses Huawei Kirin 970

Apa yang anda perlu tahu tentang pemproses Huawei Kirin 970 1

Kurang dua minggu lagi, telefon pintar pertama Huawei dengan pemproses Kirin 970 akan dilancarkan secara rasmi dan jika anda masih belum tahu, telefon pintar yang kami maksudkan adalah Huawei Mate 10 yang akan dilancarkan pada 16 Oktober 2017 didalam tiga versi.

Huawei Malaysia telah mengadakan satu bengkel media yang memberikan kami maklumat lebih menyeluruh terhadap Kirin 970.

Kirin 970 adalah pemproses pertama dipasaran telefon pintar untuk hadir dengan kebolehan AI yang dikenali sebagai Neural Network Processing Unit.

Apa yang anda perlu tahu tentang pemproses Huawei Kirin 970 2

Bercakap mengenai AI ini, tidak banyak kita tahu akan kegunaan Aritifical Intellingence ini namun pada bengkel ini, Huawei memberikan kita beberapa fungsi AI antaranya pengambilan gambar yang lebih baik, penyingkiran suara asing ketika membuat panggilan dan pengecaman imej yang 25 kali lebih laju berbanding pemproses tanpa AI.

NPU yang dimiliki oleh Kirin 970 juga membolehkan kamera digunakan sebagai alat pengecaman dan pengukur jumlah kalori didalam sesuatu makanan.

Apa yang anda perlu tahu tentang pemproses Huawei Kirin 970 3

Selain itu, Kirin 970 juga merupakan pemproses pertama untuk menawarkan teknologi pengecasan SuperCharge.

Selain itu, Aplikasi yang memerlukan fungsi AI juga dijangka akan lebih efisen kerana terdapat NPU yang akan mengendalikan tugas-tugas AI tanpa kebergantungan kepada CPU.

Kita akan mengetahui lebih mendalam tentang pemproses Kirin 970 ini pada majlis pelancaran Mate 10 pada 16 Oktober ini.

Selepas Mate 10, pemproses Kirin 970 ini dijangka akan digunakan pada siri Huawei P yang baru.

Apa yang anda perlu tahu tentang pemproses Huawei Kirin 970 4 Apa yang anda perlu tahu tentang pemproses Huawei Kirin 970 5 Apa yang anda perlu tahu tentang pemproses Huawei Kirin 970 6 Apa yang anda perlu tahu tentang pemproses Huawei Kirin 970 7 Apa yang anda perlu tahu tentang pemproses Huawei Kirin 970 8 Apa yang anda perlu tahu tentang pemproses Huawei Kirin 970 9 Apa yang anda perlu tahu tentang pemproses Huawei Kirin 970 10 Apa yang anda perlu tahu tentang pemproses Huawei Kirin 970 11 Apa yang anda perlu tahu tentang pemproses Huawei Kirin 970 12

Copyright © All rights reserved. | Newsphere by AF themes.