• Home »
  • Lg »
  • LG K7i, telefon pintar penghalau nyamuk pertama didunia

LG K7i, telefon pintar penghalau nyamuk pertama didunia

Pasaran telefon pintar mungkin menuju ke inovasi baru setiap tahun dengan trend pasaran sekarang adalah skrin paparan tanpa bezel.

Walaubagaimanapun, LG mempunyai cara mereka yang tersendiri untuk berjaya di negara yang mana banyak wabak penyakit disebabkan oleh nyamuk telah dilaporkan.

LG secara rasminya telah memperkenalkan telefon pintar LG K7i yang merupakan telefon pintar pertama didunia untuk hadir dengan teknologi penghalau nyamuk.

LG K7i yang kini ditawarkan di India hadir dengan teknologi Mosquito Away  yang mana bunyi ultrasound dikeluarkan pada kadar 30kHz menggunakan panel belakang yang boleh ditukar mengikut keperluan.


LG K7i juga memiliki skrin paparan on-cell display (FWVGA) berukuran 5.5-inci, pemproses 8-teras 1.1GHz, 2GB RAM, 16GB ROM dan bateri berkapasiti 2,500mAh.

Telefon pintar penghalau nyamuk ini turut memiliki kamera utama 8MP selain kamera selfie 5MP.

 

LG K7i kini ditawarkan di pasaran India pada harga penjualan Rs 7,990 iaitu sekitar RM 519.

Jika ianya di lancarkan di Malaysia, adakah ianya akan mendapat sambutan?, berikan pandangan anda di ruang komen di bawah

Comments

comments

Share