Mobile Fokus

Malaysia Tech News Portal

Huawei Nova 2i dilancarkan secara rasmi di Malaysia

Huawei Nova 2i dilancarkan secara rasmi di Malaysia 1

Huawei Mobile Malaysia secara rasminya telah melancarkan satu lagi model didalam siri Nova dan telefon pintar ini mempunyai harga penjualan yang amat berpatutan iaitu hanya RM 1,299

Huawei Nova 2i akan hadir dengan skrin paparan berukuran 5.9-inci dengan teknologi ‘Full View’ dan majlis pelancaran ini turut menyaksikan pengumuman Hannah Delisah sebagai nova superstar ( duta siri Nova).

Selain itu, Huawei Nova 2i akan hadir dengan pemproses Kirin 659, 4GB RAM , 64GB memori simpanan dalaman dan bateri berkapasiti 3,340mAh selain EMUI 5.1 yang berasaskan Android 7.0.

Bercakap mengenai kamera, Huawei Nova 2i hadir dengan 4 kamera iaitu pengunaan sensor dwi-kamera dihadapan dan belakang. Dibahagian belakang , Nova 2i mempunyai kamera 16MP + 2MP selain kamera selfie 13MP + 2MP.

Huawei Nova 2i juga hadir dengan sensor capjari dibahagian belakang dan sokongan dwi-SIM.

Huawei Nova 2i akan mula ditawarkan di pasaran mulai 13.10.2017 dengan harga penjualan RM 1,299 dan pembelian terawal akan menerima hadiah eksklusif Nova bernilai RM 499 secara percuma.

Huawei Nova 2i dilancarkan secara rasmi di Malaysia 2 Huawei Nova 2i dilancarkan secara rasmi di Malaysia 3 Huawei Nova 2i dilancarkan secara rasmi di Malaysia 4 Huawei Nova 2i dilancarkan secara rasmi di Malaysia 5 Huawei Nova 2i dilancarkan secara rasmi di Malaysia 6 Huawei Nova 2i dilancarkan secara rasmi di Malaysia 7 Huawei Nova 2i dilancarkan secara rasmi di Malaysia 8

Copyright © All rights reserved. | Newsphere by AF themes.