Mobile Fokus

Malaysia Tech News Portal

Xiaomi A1 kini ditawarkan secara rasmi di Malaysia

Xiaomi Mi A1 merupakan telefon pintar Android One telah mula dijual di pasaran Malaysia sejak 21 September yang lalu pada harga RM 1,099

Xiaomi Mi A1 adalah nama yang dipilih bagi telefon pintar ini dan A1 membawa maksud Android One dengan sistem operasi Android 7.1.2 Nougat.

Xiaomi Mi A1 ini hadir dengan skrin paparan LCD 1080p berukuran 5.5-inci, pemproses Qualcomm Snapdragon 625, 4GB RAM dan 64GB memori simpanan dalaman.

Bercakap mengenai teknologi dwi-kamera yang disertakan pada Mi A1, ianya mempunyai kamera yang sama seperti Mi 6 iaitu lensa 12MP + 12MP (telefoto) dengan lampu flash LED dwi-tona.

Xiaomi A1 juga memiliki sensor capjari dibahagian belakang, logo Android One, bateri berkapasiti 3,080mAh dan slot USB-C.

Xiaomi juga memberikan jaminan bahawa sistem operasi Android Oreo akan tiba kepada Mi A1 sebelum penghujung tahun ini dan telefon pintar ini akan turut menjadi antara telefon pintar pertama untuk menerima Android P tahun hadapan.

Xiaomi A1  kini ditawarkan didalam 2 warna iaitu hitam dan emas ( warna emas ros bakal tiba tidak lama lagi) dengan harga penjualan RM 1,099  dan pembelian boleh dilakukan di Lazada Malaysia

Xiaomi Mi A1 juga turut boleh dibeli melauli Xiaomi premium Reseller di Queens Bay Mall, Penang, Mobile To Go di SS2 , Petaling Jaya dan DirectD.

Senarai penuh wakil penjual sah Xiaomi A1 boleh diketahui di SiNi

Copyright © All rights reserved. | Newsphere by AF themes.