Mobile Fokus

Malaysia Tech News Portal

Ookyo daripada Maxis membolehkan anda menikmati internet tanpa had serendah RM 30 sebulan

Ookyo, nama yang anda sudah pastinya tidak pernah dengar kini menawarkan pengguna perkhimatan internet prabayar dan lebih menarik ialah, permulaan baru ini dimiliki atau sekurang-kurangya disokong oleh Maxis.

Ookyo adalah perkhimatan yang bergantung kepada pembayaran melalui kad kredit/debit melalui Google Play Store.

Ookyo menawarkan dua pelan tanpa had pada harga RM 30 sebulan dan dengan hanya RM 30 anda boleh memilih pelan sosial atau pelan hiburan.

Pakej Ookyo Sosial membolehkan anda menikmati kuota internet tanpa had bagi aplikasi seperti FB Messenger, WeChat, WhatsApp, Line, Pinterest, Twitter, Snapchat, Facebook dan Kakao Talk.

Pakej Ookya Hiburan pula membolehkan anda menikmati kuota internet tanpa had bagi aplikasi seperti WeChat, Spotify, Bigo Live, Smule, 9GAG, WhatsApp, Shazam, Joox Music, Musical.ly dan Line. ( YouTube tidak disenaraikan).

Untuk RM 30 sebulan, anda mungkin merasakan ianya sudah cukup, namun Ookyo turut menawarkan tambahan internet 3GB untuk digunakan pada aplikasi lain dan anda juga boleh menikmati internet tanpa had bagi aplikasi pilihan anda pada harga RM 3 sebulan sahaja.

Selain itu, semakan kami di ruang pertanyaan menunjukkan bahawa kad SIM bagi Ookyo juga akan dihantar kepada pengguna namun anda juga boleh beralih dari pelan Hotlink atau dari rangkaian lain. untuk maklumat lanjut anda boleh lihat di SiNi.

Ookyo buat masa ini hanya ditawarkan kepada pengguna Android dan kami tidak menemui sebarang maklumat yang memberikan kita petunjuk bahawa sokongan untuk peranti Apple akan ditawarkan.  ( pendaftaran terawal akan menerima RM 15 kredit Google Play percuma).

Ookyo ini memerlukan anda sentiasa menyimpan aplikasi Ookyo ini dan terdapat VPN yang digunakan untuk membolehkan anda menikmati kuota internet percuma bagi aplikasi mengikut pakej pilihan anda.

 

Copyright © All rights reserved. | Newsphere by AF themes.