Mobile Fokus

Malaysia Tech News Portal

Huawei Maimang 6 dilancarkan secara rasmi dengan 4 kamera

Huawei secara rasminya telah melancarkan Huawei Maimang 6 di pasaran China.

Huawei Maimang 6 hadir dengan skrin paparan berukuran 5.9-inci dan ianya memiliki resolusi 2160 x 1080 dengan nisbah 18:9.

Selain itu, Huawei Maimang 6 hadir dengan pemproses Kirin 695, 4GB RAM , 64GB memori simpanan dalaman dan bateri berkapasiti 3,340mAh selain EMUI 5.1 yang berasaskan Android 7.0.

Bercakap mengenai kamera, Huawei Maimang 6 hadir dengan 4 kamera iaitu pengunaan sensor dwi-kamera dihadapan dan belakang. ( adakah ini merupakan Nova 2i yang dilancarkan di Malaysia 26 September ini?).

Dibahagian belakang , Maimang 6 mempunyai kamera 16MP + 2MP selain kamera selfie 13MP + 2MP.

Huawei Maimang 6 juga hadir dengan sensor capjari dibahagian belakang dan sokongan dwi-SIM.

Huawei Maimang 6 ini akan hadir didalam tiga warna iaitu hitam, emas dan biru dengan harga penjualan CNy 2,399.

Tempahan bagi telefon pintar ini kini telah dibuka dan penjualan rasmi akan bermula pada 30 September.

Huawei Maimang 6 ini dikatakan akan dikenali Mate 10 Lite dipasaran antarabangsa dan akan dilancarkan secara rasmi pada 16 Oktober.

Walaubagaimanapun, kami turut mempunyai keraguan samada model ini mungkin merupakan Huawei Nova 2i ( kerana pihak Huawei pernah memberikan kami petunjuk bahawa Nova 2i akan memiliki skrin paparan 18:9 dan 4 unit kamera)

Copyright © All rights reserved. | Newsphere by AF themes.