Mobile Fokus

Malaysia Tech News Portal

Kos pengeluaran Apple iPhone X hanya RM 1,730

Apple iPhone X yang dilancarkan awal minggu lalu merupakan telefon pintar Apple paling mahal pernah dikeluarkan dengan harga penjualan bermula dari $999 (RM 4,189) bagi versi 64GB.

Pakar industri di China telah menyiasat akan jumlah anggaran kos komponen yang digunakan oleh Apple iPhone X.

Kos pengeluaran atau produksi Apple iPhone X adalah $412.75 ( RM 1,730 bagi versi 256GB) iaitu 59% lebih murah daripada harga penjualanya iaitu $999 ( bagi versi 64GB).

Tidak mengejutkan apabila komponen paling mahal yang digunakan pada Apple iPhone X adalah skrin paparan Super Retina berukuran 5.5-inci yang dibuat oleh Samsung.

Panel skrin ini dikatakan mempunyai harga $80 (RM 335) seunit walaupun terdapat laporan awal yang mengatakan ianya adalah sekitar $100-$120 seunit.

Selain itu, cip pemproses Apple A11 Bionic mempunyai kos $26 (RM 109) manakala modem Qualcomm yang diletakkan di atas cip A11 adalah $18 (RM 75) seunit. Sensor 3D yang digunakan untuk FaceID mempunyai harga $25 (RM 105) manakala panel gelas hadapan mempunyai harga $18 (Ram 75) seunit.

Beralih kepada RAM dan ROM pula, iPhone X hadir dengan 3GB RAM dan ianya mempunyai kos $24 (RM 101) seunit manakala ROM NAND 256GB yang dibekalkan oleh Toshiba mempunyai harga $45 seunit (RM 189)

Walaupun mempunyai margin keuntungan sekitar 59%, kos ini tidak termasuk logistik, pengeluaran, kos pembangunan perisian dan banyak lagi.

Walaubagaimanapun, tidak boleh kita nafikan bahawa Apple mengaut keuntungan yang besar daripada penjualan Apple iPhone X.

Komponen yang kami senaraikan hanya lah komponen utama pada iPhone X dan kos keseluruhan adalah seperti yang kami maklumkan diatas iaitu $ 412.75.

Sumber

Copyright © All rights reserved. | Newsphere by AF themes.