Mobile Fokus

Malaysia Tech News Portal

Sony Xperia XZ1 dan Xperia XA1 Plus kini di Malaysia

Sony Mobile Malaysia secara rasminya telah melancarkan Xperia XZ1 Dan Xperia XA1 Plus ke pasaran tempatan dan Xperia XZ1 akan tiba ke pasaran dengan sistem operasi Android 8.0 Oreo.

Bercakap mengenai Sony Xperia XZ1, ianya adalah model pengganti kepada Xperia XZs dan ianya hadir dengan skrin paparan 1080p berukuran 5.2-inci yang hadir dengan sokongan HDR, pemproses Qualcomm Snapdragon 835, 4GB RAM, 64GB memori simpanan dalaman, sensor capjari pada butang kuasa di sisi dan pensijilan kalis air dan habuk IP68.

Sony Xperia XZ1 juga hadir dengan kebolehan mengambil gambar 3D yang dikenali sebagai 3D Scan dan ianya membolehkan anda mengambil gambar 3D wajah, makanan dan apa sahaja objek yang anda mahu dan kemudian membolehkan anda memggunakanya pada gif dan aplikasi 3D seperti Shadow.

Sony Xperia XZ1 turut memiliki kamera utama 19MP dengan teknologi Motion Eye yang mampu merakam video gerak perlahan pada kadar 960fps namun masih tiada teknologi dwi-kamera. Pada bahagian hadapan pula, Xperia XZ1 memiliki kamera selfie 13MP.

Selain Xperia XZ1, Sony turut mengumumkan penawaran Xperia XA1 Plus di Malaysia.

Xperia XA1 Plus adalah telefon pintar Yang hadir dengan skrin paparan HD penuh berukuran 5.5-inci, pemproses Helio P20, 4GB RAM dan 32GB ROM.

Selain itu, Xperia XA1 Plus juga hadir dengan bateri berkapasiti 3,430mAh dengan pengecasan Qnovo, sensor capjari, Android N, USB-C dan Bluetooth 4.2.

Selain itu, Xperia XA1 Plus juga memiliki kamera utama 23MP Exmor RS dengan lensa lebar dan pemfokusan auto hibrid.

Kamera selfie Xperia XA1 Plus adalah 8MP juga dengan lensa lebar 23mm.

Bercakap mengenai harga, Sony Xperia XZ1 hadir dengan harga penjualan RM 2,999 ( penghujung bulan ini) manakala Xperia XA1 Plus pula hadir dengan harga penjualan RM 1,499 ( akan ditawarkan pada bulan Oktober 2017).

 

Copyright © All rights reserved. | Newsphere by AF themes.