Mobile Fokus

Malaysia Tech News Portal

Meizu Pro 7 dan Pro 7 Plus kini di Malaysia

Meizu secara rasminya telah mengumumkan bahawa telefon pintar terbaru mereka yang boleh dikatakan cubaan terbaru didalam industri telefon pintar.

Meizu Pro 7 dan Meizu Pro 7 Plus hadir dengan satu skrin paparan Super AMOLED berukuran 2.0-inci pada bahagian belakang yang boleh digunakan ketika mengambil selfie dan memaparkan notifikasi.

Selain daripada keunikan ini, Meizu Pro 7 dan Pro 7 Plus juga hadir dengan spesifikasi yang baik.

Bercakap mengenai model Meizu Pro 7 ianya hadir dengan skrin paparan Super AMOLED 1080p berukuran 5.2-inci, pemproses Helio P25 daripada MediaTek, 4GB RAM, 64GB ROM dengan bateri 3,000mAh.

Meizu Pro 7 Plus pula hadir dengan skrin paparan 2K berukuran 5.7-inci, pemproses Helio X30, 6GB RAM, dua kapasiti memori simpanan dalaman iaitu 64GB atau 128GB dan bateri berkapasiti 3,500mAh.

Selain itu, kedua-dua model Pro 7 ini juga memiliki teknologi dwi-kamera yang sama iaitu unit 12MP dengan sensor RGB dan sensor monokrom manakala tugas selfie diberikan kepada unit kamera 16MP.

Meizu Pro 7 akan hadir dengan harga penjualan RM 1,899 manakala Meizu Pro 7 Plus akan mempunyai harga penjualan RM 2,799.

Tempahan bagi Meizu Pro 7 dan Pro 7 Plus akan dibuka pada 15 September sehingga 20 September di Lazada, 11street dan Shopee.

Bagi anda yang menempah Meizu Pro 7, ianya hadir dengan satu unit Meizu Bluetooth earphone E51 bernilai RM 299 secara percuma manakala pembelian Meizu Pro 7 Plus pula akan hadir dengan kotak pembungkusan premium Meizu selain Meizu Bluetooth earphone E51 dengan nilai keseluruhan bernilai RM 498.

Copyright © All rights reserved. | Newsphere by AF themes.