Mobile Fokus

Malaysia Tech News Portal

Xiaomi Mi Note 3 dilancarkan secara rasmi


Seperti yang diduga, Xiaomi telah turut memperkenalkan Xiaomi Mi Note 3 bersama-sama Mi Mix 2

Xiaomi Mi Note 3 adalah telefon pintar yang memiliki skrin paparan 1080p berukuran 5.5-inci dengan mod pembacaan.

Selain itu, Mi Note 3 juga hadir dengan pemproses Qualcomm Snapdragon 660, 6GB RAM dan dua kapasiti ROM iaitu 64GB atau 128GB.

Selain itu, Mi Note 3 juga hadir dengan teknologi dwi-kamera yang sama seperti Mi 5X dan Mi 6 iaitu kamera dua unit 12MP ( satu kamera biasa dan satu kamera telefoto) yang menawarkan mod pengambilan gambar potrait dan 2x zoom optik.

kamera selfie Mi Note 3 adalah unit 16MP yang memiliki perisian kecantikan ‘Adaptable AI Beautify ‘ yang meratakan kulit selain mengubah bentuk wajah.

Mi Note 3 juga memiliki pengecaman wajah, sensor capjari terbina didalam skrin, bateri berkapasiti 3,500mAh, pembesar suara stereo, USB-C dengan Quick Charge 3.0 dan sensor IR.

Berikut adalah harga Mi Note 3 mengikut konfigurasi yang ditawarkan :

Mi Note 3 6GB + 64GB warna hitam – RMB 2,499 (RM 1,609)
Mi Note 3 6GB + 128GB warna hitam – RMB 2,899 (RM 1,866)
Mi Note 3 6GB + 128GB warna biru – RMB 2,999 (RM 1,931)

Copyright © All rights reserved. | Newsphere by AF themes.