Mobile Fokus

Malaysia Tech News Portal

Xiaomi Mi Mix 2 dilancarkan secara rasmi

Xiaomi secara rasminya telah melancarkan generasi kedua telefon pintar tanpa bezel iaitu Mi Mix 2 dan ianya adalah model dengan skrin paparan yang lebih kecil dan kompak berbanding model sebelum ini.

Xiaomi Mi Mix 2 hadir dengan skrin paparan 18:9 berukuran 5.99-inci yang merupakan skrin yang mempunyai resolusi FullHD+ (2160 x 1080p) dengan nisbah skrin kepada badan yang lebih tinggi. Mi Mix 2 juga hadir dengan bezel bawah yang lebih kecil ( 12% lebih kecil) dan panel gelas hadapan mempunyai lengkungan pada kesemua sisi.

Xiaomi Mi Mix 2 hadir dengan pemproses Qualcomm Snapdragon 835 dengan dua kapasiti RAM iaitu 6GB atau 8GB manakala ROM pula ditawarkan didalam tiga konfigurasi iaitu 64GB, 128GB dan 256GB.

Mi Mix 2 6GB RAM hadir didalam tiga kapasiti ROM iaitu 64GB, 128GB dan 256GB manakala edisi khas hadir dengan 8GB RAM dengan 128GB ROM selain rangka seramik.

Mi Mix 2 juga tidak mengadaptasi teknologi dwi-kamera namun hadir dengan kamera 12MP Sony IMX386 yang merupakan kamera utama Mi 6 dengan pemfokusan auto 4-paksi. kamera selfie Mi Mix 2 adalah 5MP.

Mi Mix 2 hadir dengan bateri berkapasiti 3,4000mAh dengan teknologi pengecasan Qualcomm Quick Charge 3.0 dan MIUI 9 berasaskan Android 7.0 Nougat.

Xiaomi Mi Mix 2 akan ditawarkan didalam warna hitam manakala Mi Mix 2 edisi khas akan ditawarkan didalam warna hitam dan putih.

berikut adalah harga Mi Mix 2 mengikut konfigurasi RAM dan ROM :
Mi Mix 2 6GB + 64GB – RMB 3,299 (RM 2,125)
Mi Mix 2 6GB + 128GB – RMB 3,599 (RM 2,319)
Mi Mix 2 6GB + 256GB – RMB 3,999 (RM 2,576)
Mi Mix 2 8GB + 128GB – RMB 4,699 (RM 3,027)

Copyright © All rights reserved. | Newsphere by AF themes.