Mobile Fokus

Malaysia Tech News Portal

Sony Xperia XZ1 dan XZ1 Compact akan dilancarkan di Malaysia 15 September ini

Sony Xperia XZ1 dan XZ1 Compact akan dilancarkan di Malaysia 15 September ini 1
Selepas selesai melancarkan telefon pintar terbaru mereka iaitu Xperia XZ1 dan XZ1 Compact, Sony Mobile nampaknya telah bersedia untuk melancarkan telefon pintar ini di ke pasaran tempatan.

Sony Mobile Malaysia telah menghantar jemputan media ke majlis pelancaran peranti baru didalam siri Xperia XZ dan ini mungkin merujuk kepada dua peranti baru yang hanya diperkenalkan di IFA 2017 awal bulan ini.

Sony Xperia XZ1 dan XZ1 Compact akan dilancarkan di Malaysia 15 September ini 2

Sony Xperia XZ1 adalah model pengganti kepada Xperia XZs dan ianya hadir dengan skrin paparan 1080p berukuran 5.2-inci yang hadir dengan sokongan HDR, pemproses Qualcomm Snapdragon 835, 4GB RAM, 64GB memori simpanan dalaman, sensor capjari pada butang kuasa di sisi dan pensijilan kalis air dan habuk IP68.

Sony Xperia XZ1 turut memiliki kamera utama 19MP dengan teknologi Motion Eye yang mampu merakam video gerak perlahan pada kadar 960fps namun masih tiada teknologi dwi-kamera. Pada bahagian hadapan pula, Xperia XZ1 memiliki kamera selfie 13MP.

Sony Xperia XZ1 dan XZ1 Compact akan dilancarkan di Malaysia 15 September ini 3

Beralih kepada versi mini Xperia XZ1 yang dikenali dengan nama rasmi Xperia XZ1 Compact, telefon pintar mempunyai banyak persamaan dengan Xperia XZ1 kecuali pada skrin dan memori simpanan dalaman.

Xperia XZ1 Compact ini memiliki skrin paparan 720p HD berukuran 4.7-inci dengan kapasiti memori simpanan dalaman adalah separuh dari yang dimiliki oleh Xperia XZ1 iaitu hanya 32GB ( namun masih ada slot microSD).

Harga dan tarikh penjualan kedua-dua model baru ini akan diketahui pada majlis pelancaran rasmi yang akan diadakan pada 15 September ini.

 

Copyright © All rights reserved. | Newsphere by AF themes.