Samsung Galaxy J7+ tiba di Malaysia bulan ini – RM 1,599

Samsung Galaxy J7+ hadir dengan skrin paparan super AMOLED berukuran 5.5-inci dengan resolusi 1080p, pemproses MediaTek Helio P20, 4GB RAM, 32GB ROM dan slot microSD.

Samsung Galaxy J7+ yang sebelum ini telah memasuki pasaran Thailand kini telah disahkan akan memasuki pasaran tempatan bulan ini.

Samsung Galaxy J7+ yang merupakan telefon pintar kedua selepas Note8 untuk hadir dengan teknologi dwi-kamera akan dibuka untuk tempahan pada 12 September ini pada harga penjualan RM 1,599.

Bercakap mengenai kamera, Galaxy C7+ memiliki kamera dengan kombinasi 13MP+5MP yang mana unit utama mempunyai aperture f/1.7 manakala kamera kedua mempunyai aperture f/1.9. kamera selfie dipertanggungjawab kepada unit 16MP dengan aperture f/1.9.

Galaxy J7+ hadir dengan bateri berkapasiti 3,000mAh, sensor capjari pada butang ‘Home’, ciri ‘always on display’ dan Bixby.


Tempahan akan dibuka sehingga 17 September dan bagi yang melakukan tempahan anda akan menerima kad microSD 64GB secara percuma, pelan perlindungan Samsung Protection Plus bernilai RM 198 yang termasuk penggantian skrin selain jaminan waranti tambahan selama setahun.

Pelanggan yang membuat tempahan boleh mula mengambil Galaxy J7+ mereka mulai 28 September sehingga 4 Oktober 2017.

Comments

comments

Share