Xiaomi Mi A1 dilancarkan secara rasmi – peranti Android One

Xiaomi secara rasminya telah melancarkan satu lagi model telefon pintar dengan teknologi dwi-kamera namun telefon pintar ini hadir dengan sistem operasi Android yang tulen tanpa MIUI.

Xiaomi Mi A1 adalah nama yang dipilih bagi telefon pintar ini dan A1 membawa maksud Android One dengan sistem operasi Android 7.1.2 Nougat.

Xiaomi Mi A1 ini hadir dengan skrin paparan LCD 1080p berukuran 5.5-inci, pemproses Qualcomm Snapdragon 625, 4GB RAM dan 64GB memori simpanan dalaman.

Bercakap mengenai teknologi dwi-kamera yang disertakan pada Mi A1, ianya mempunyai kamera yang sama seperti Mi 6 iaitu lensa 12MP + 12MP (telefoto) dengan lampu flash LED dwi-tona.

Xiaomi A1 juga memiliki sensor capjari dibahagian belakang, logo Android One, bateri berkapasiti 3,080mAh dan slot USB-C.

Xiaomi juga memberikan jaminan bahawa sistem operasi Android Oreo akan tiba kepada Mi A1 sebelum penghujung tahun ini dan telefon pintar ini akan turut menjadi antara telefon pintar pertama untuk menerima Android P tahun hadapan.

Xiaomi A1 akan ditawarkan didalam 3 warna iaitu hitam, merah jambu dan emas dengan harga penjualan INR 14,999 (RM 992) di pasaran India.

Xiaomi A1 dijangka akan memasuki 37 pasaran seluruh dunia mulai 12 September dan ianya akan turut ditawarkan di Malaysia pada penghujung bulan ini.

Comments

comments

Share