Mobile Fokus

Malaysia Tech News Portal

Samsung Galaxy J7+ dilancarkan secara rasmi – dwi kamera


Samsung secara rasminya telah memperkenalkan telefon pintar dengan dwi-kamera kedua mereka ke pasaran iaitu Galaxy J7+.

samsung Galaxy J7+ kini sudah mula ditawarkan di pasaran jiran iaitu Thailand dan terdapat juga maklumat bahawa telefon pintar ini akan dikenali sebagai Galaxy C7 (2017) di beberapa pasaran lain.

Samsung Galaxy J7+ hadir dengan skrin paparan super AMOLED berukuran 5.5-inci dengan resolusi 1080p, pemproses MediaTek Helio P20, 4GB RAM, 32GB ROM dan slot microSD.

Bercakap mengenai kamera, Galaxy C7+ memiliki kamera dengan kombinasi 13MP+5MP yang mana unit utama mempunyai aperture f/1.7 manakala kamera kedua mempunyai aperture f/1.9. kamera selfie dipertanggungjawab kepada unit 16MP dengan aperture f/1.9.

Galaxy J7+ hadir dengan bateri berkapasiti 3,000mAh, sensor capjari pada butang ‘Home’, ciri ‘always on display’ dan Bixby.

Samsung Galaxy J7+ kini dibuka untuk tempahan pada harga THB 12,900 iaitu sekitar RM 1,660.

Copyright © All rights reserved. | Newsphere by AF themes.