Mobile Fokus

Malaysia Tech News Portal

Honor 8 Pro dijangka akan menerima kemaskini Android Oreo sebelum 2018

Huawei Honor 8 Pro  baru tiba dipasaran Malaysia beberapa bulan lalu dan telefon pintar ini nampaknya telah disahkan akan menerima kemaskini Android 8.0 Oreo tidak lama lagi.

Selain Honor 8 Pro, Honor 6X juga disahkan akan menerima kemaskini Android Oreo sebelum penghujung tahun ini dan ini sudah pastinya menggembirakan pemilik telefon pintar ini.

Pengesahan ini dilihat telah dikeluarkan oleh Honor sendiri di satu perjumpaan khas bersama peminat setia Honor di New Delhi, India.

Selain Honor 8 Pro, Honor 8 dan Honor 9 juga dijangka akan menjadi antara peranti Honor yang menerima Android Oreo namun masih belum ada sebarang jangka masa penawaran dikeluarkan secara rasmi.

Selain itu, harus juga diambil kira bahawa penawaran Android Oreo ini adalah mengikut pasaran dan terdapat faktor yang akan menyebabkan beberapa pasaran menerimanya lebih awal berbanding pasaran lain.

Huawei Honor 8 Pro kini ditawarkan di Malaysia pada harga penjualan RM 1,999.

sumber

 

Copyright © All rights reserved. | Newsphere by AF themes.