• Home »
  • Lg »
  • LG V30 dilancarkan secara rasmi dengan skrin paparan P-OLED

LG V30 dilancarkan secara rasmi dengan skrin paparan P-OLED


LG secara rasminya telah melancarkan LG V30 di IFA yang berlangsung di Berlin, Jerman.

LG V30 juga membuka era dengan pengunaan skrin paparan P-OLED berukuran 6.0-inci yang meliputi 82% panel hadapan yang menawarkan sokongan HDR10 dan sokongan ‘Always on Display’.

Selain itu, LG juga telah menyingkirkan penggunaan skrin kedua yang sinonim dengan siri V ini namun telah digantikan dengan floating bar.

Selain Skrin, Kamera LG V30 adalah sesuatu yang akan menjadi pertaruhan terbaik didalam pasaran, ianya hadir dengan teknologi dwi-kamera yang memiliki aperture f/1.6 ( aperture paling tinggi pernah digunakan pada telefon pintar) dan aperture f/1.9 pada kamera lensa lebar ( kamera 16MP + 13MP). Kamera hadapan adalah 5MP.

beralih kepada teknologi dalama, LG V30 memiliki pemproses Qualcommm Snapdragon 835, 4GB RAM, dua pilihan ROM iatu 64GB atau 128GB dan bateri berkapasiti 3,300mAh ( dengan pengecasan tanpa wayar melalui USB-C selain pengecasan tanpa wayar). Huawei V30 juga memiliki pensijilan IP68, audio QuadDAC dan slot audio 3.5mm.

LG V30 akan mula ditawarkan di pasaran Korea Selatan mulai 21 September ini sebelum ke pasaran utama di Benua Amerika Utara, Asia, Eropah, Afrika dan Timur Tengah namun harga penjualan LG V30 masih belum diumumkan lagi.

Comments

comments

Share