• Home »
  • Huawei »
  • Huawei Kirin 970 dilancarkan secara rasmi – Sokongan AI dan LTE 4.5G

Huawei Kirin 970 dilancarkan secara rasmi – Sokongan AI dan LTE 4.5G


Huawei secara rasminya telah mengumumkan cip set telefon pintar terbaru didalam generasi Kirin iaitu Kiri 970 dan ianya hadir dengan sokongan AI ( augmented reality) yang dikenali sebagai ‘neural processing unit’ (NPU).

Huawei Kirin 970 ini hadir dengan CPU lapan teras dengan 4×2.4GHz Cortex-A73 dan 4×1.8GHz Cortex-A53 selain satu GPU Mali-G72MP12 .

pemproses ini dibina berasaskan proses 10nm dan teknologi terbaru arkitektur komputer membolehkan pemproses ini menawarkan 25x lebih prestasi dan 50x lebih efisen berbanding pemproses 8 teras Cortex-A73 didalam pemprosesan kandungan AI.

Huawei juga telah membuka akses Kirin 970 kepada pembangun aplikasi yang bagi membangunkan aplikasi AI yang akan memaksimakan potensi  yang dimiliki oleh pemproses ini.

Selain itu, Kirin 970 juga memiliki pemproses imej yang baru (ISP) yang menjanjikan pengurangan gangguan pada keadaan cahaya malap dan juga memiliki teknologi pemfokusan hibrid 4 dalam 1.

Huawei Kirin 970 juga hadir dengan sokongan LTE Cat.18 4.5G yang membolehkan telefon pintar ini menyokong kelajuan muat turun sehingga 1.2Gbps.

Di atas kertas, pemproses Kirin 970 ini dilihat mempunyai prestasi yang mampu menyaingi pemproses utama di pasaran namun segala persoalan sudah pasti terjawab apabila pemproses ini digunakan buat pertama kali pada Huawei Mate 10 yang akan dilancarkan pada 16 Oktober ini.

Comments

comments

Share