• Home »
  • Apple »
  • Apple iPhone 8 akan dilancarkan secara rasmi 12 September ini

Apple iPhone 8 akan dilancarkan secara rasmi 12 September ini

Apple secara rasminya telah mengesahkan bahawa majlis pelancaran terbesar mereka bagi tahun ini akan diadakan pada 12 September ini dan ianya juga akan menjadi majlis pelancaran pertama yang akan diadakan di Steve Jobs Theatre di ibu pejabat Apple yang baru iaitu Apple Park Campus.

Apple sudah mula menghantar jemputan kepada media bagi majlis pelancaran yang akan menyaksikan pengenalan Apple iPhone, Apple Watch yang baru, Apple TV dan sistem operasi iOS 11.

Apple dijangka akan memperkenalkan tiga model iPhone yang baru iaitu Apple iPhone 7s, Apple iPhone 7s Plus dan Apple iPhone 8 yang bakal hadir dengan teknologi terkini seperti skrin paparan OLED, pengecaman wajah 3D dan tanpa butang Home.

Apple iPhone 7s dan iPhone 7s Plus pula akan hadir dengan reka bentuk berasaskan gelas yang akan menyokong pengecasan tanpa wayar.

Selain itu, Apple juga dijangka akan memperkenalkan Apple TV dengan resolusi 4K selain jam pintar Apple Watch yang mungkin memiliki e-sim atau slot SIM 4G LTE.

Lebih banyak maklumat mengenai pelancaran produk baru ini akan diketahui pada 12 September ini.

Pelancaran ini akan berlangsung pada jam 10 pagi atau sekitar jam 1 pagi 13 September 2017.

Comments

comments

Share