• Home »
  • Asus »
  • Harga penjualan Asus ZenFone 4 dilaporkan sekitar RM 2,099

Harga penjualan Asus ZenFone 4 dilaporkan sekitar RM 2,099

Siri Asus ZenFone 4 telah dilancarkan secara rasmi kira-kira 10 hari yang lalu dan sejurus selepas pelancaran, Asus Malaysia telah membuka tempahan bagi ZenFone 4 Selfie, ZenFone 4 Selfie Pro dan ZenFone 4 Max Pro.

Walaubagaimanapun, pengguna sudah pastinya tertunggu-tunggu pelancaran Asus ZenFone 4 dan ZenFone 4 Pro ke pasaran tempatan yang dijangka akan berlansung bulan hadapan.

Satu laporan daripada rakan kami di MDROID telah mendedahkan bahawa Asus ZenFone 4 mungkin mempunyai harga penjualan sekitar RM 2099 dan harga ini adalah bagi model yang memiliki 6GB RAM dan 64GB ROM.

Harga penjualan ini telah didedahkan melalui risalah pemasaran yang telah sampai ke tangan pengedar dan penjualan sah telefon pintar Asus ini.


Harga sekitar RM 2,100 bagi telefon pintar Asus dengan pemproses kelas pertengahan adalah sedikit tinggi namun harga ini mungkin sesuatu yang munasabah bagi Asus.

Buat masa ini masih belum ada maklumat akan bila Asus ZenFone 4 ini akan mula dijual di Malaysia namun ianya dijangka akan ditawarkan didalam tiga warna iaitu hitam, putih dan hijau.

Comments

comments

Share