Mobile Fokus

Malaysia Tech News Portal

Harga penjualan Samsung Galaxy Note8 diumumkan – RM 3,999

Harga penjualan Samsung Galaxy Note8 diumumkan - RM 3,999 1

Samsung Galaxy Note8 yang dilancarkan beberapa hari lalu akan mula dibuka untuk tempahan di pasaran tempatan pada 5 September sehingga 10 September 2017.

Jika sebelum ini kita hanya mempuyai tarikh tempahan akan dibuka, kita kini mempunyai maklumat harga dan promosi yang akan dinikmati oleh anda jika menempah Samsung Galaxy Note8.

Samsung Galaxy Note8 kini boleh disahkan akan mempunyai harga penjualan RM 3,999.

Harga penjualan Samsung Galaxy Note8 diumumkan - RM 3,999 2

Dengan tempahan Galaxy Note8, anda akan menikmati rebat tunai bernilai RM 121, perlindungan peranti Samsung Plus (bernilai RM 289), Powerbank 5,100mAh dan perkakas pelindung peranti.

Melalui program perlindungan Samsung Plus, Samsung Galaxy Note8 akan hadir dengan tambahan waranti selama setahun selain perlindungan skrin selama setahun ( membolehkan penggantian skrin secara percuma sebanyak satu kali).

Copyright © All rights reserved. | Newsphere by AF themes.