Samsung Galaxy Note8 diumumkan secara rasmi

Samsung secara rasminya telah melancarkan Samsung Galaxy Note8 di New York lewat malam semalam dan telefon pintar ini akan mula memasuki pasaran pada 15 September 2017.

Acara dimulakan dengan DJ Koh, menghargai pengguna dan peminat siri Galaxy Note yang kekal dengan syarikat ini walaupun selepas kegagalan Note7.

Samsung Galaxy Note8 skrin paparan Infinity Super AMOLED QuadHD+ berukuran 6.3-inci (521ppi), pemproses Exynos 8895 atau Snapdragon 835 ( bergantung kepada pasaran), 6GB RAM dan 64GB memori simpanan dalaman dengan slot microSD yang menyokong sehingga 256GB.

Satu lagi perubahan ketara pada Samsung Galaxy Note8 adalah, ianya hadir dengan teknologi dwi-kamera yang dilengkapi OIS pada kedua-dua kamera. kamera ini adalah unit 12MP lensa lebar yang mempunyai aperture f/1.7 selain unit kamera telefoto 12MP dengan aperture f/2.4.

Bercakap mengenai reka bentuk Galaxy Note8 ini, ianya mempunyai reka bentuk yang berasaskan gelas dengan sokongan IP68 dan lebih menarik adalah stylus s-pen juga mempunyai pensijilan kalis air dan habuk IP68.


Samsung Galaxy Note8 juga memiliki bateri berkapasiti 3,300mAh ( dengan pengecasan pantas) , sistem keselamatan biometrik seperti pengesan IRIS, pengesan capjari dan pengecaman wajah.

Samsung Galaxy Note8 dijangka akan dibuka untuk tempahan mulai 5 September sehingga 10 September dan pihak Samsung Malaysia telah memberikan kita petunjuk bahawa peminat setia Galaxy Note akan menerima satu tawaran istimewa untuk membeli Galaxy Note8.

Buat masa ini Samsung Malaysia masih belum mengumumkan harga penjualan Galaxy Note8 namun ianya akan hadir didalam 4 arna iaitu hitam, kelabu, biru dan emas maple.

Comments

comments

Share