Mobile Fokus

Malaysia Tech News Portal

Nubia Z17 Mini dengan 6GB RAM/128GB ROM dibuka untuk tempahan – RM 1,599

Nubia Z17 Mini dengan 6GB RAM/128GB ROM dibuka untuk tempahan - RM 1,599 1

Nubia Malaysia secara rasminya telah mengumumkan bahawa telefon pintar Nubia Z17 Mini kini telah dibuka untuk tempahan di pasaran tempatan.

Jenama Nubia telah memasuki pasaran tempatan pada bulan Jun yang lalu dengan pengenalan model Nubia Z11, M2 , M2 Lite dan N1 Lite.

Nubia Malaysia kini mula lebih agresif dengan memperkenalkan Nubia N17 Mini yang hadir dengan spesifikasi yang mampu memberikan cabaran kepada model kelas atasan yang lain.

Nubia Z17 Mini hadir dengan skrin paparan 1080p berukuran 5.2-inci, pemproses Qualcomm Snapdragon 653, 6GB RAM , 128GB ROM dan bateri berkapasiti 2,950mAh.

Nubia Z17 Mini dengan 6GB RAM/128GB ROM dibuka untuk tempahan - RM 1,599 1
Nubia Z17 Mini ini juga hadir dengan kamera utama (dwi-kamera) 13MP+13MP yang dibekalkan oleh Sony dan kamera selfie 16MP.

Nubia Z17 Mini kini sudah boleh ditempah pada harga istimewa RM 1,599 ( selepas 31 Ogos harga akan menjadi RM 1,699) dan ditawarkan didalam satu warna iaitu biru.

Nubia Z17 Mini dengan 6GB RAM/128GB ROM dibuka untuk tempahan - RM 1,599 3Dengan membuat tempahan, pembeli juga akan menerima waranti tambahan ( skrin pecah, terjatuh kedalam air dan kerosakan kekal) , gelas perlindungan skrin dan perlindung peranti berasaskan kulit yang bernilai RM 498.

Tempahan kini boleh dilakukan secara online di stor Nubia Malaysia, Lazada, 11street, Shopee dan juga Directd.

 

Copyright © All rights reserved. | Newsphere by AF themes.