• Home »
  • Asus »
  • Asus secara rasminya melancarkan ZenFone 4 dan ZenFone 4 Pro

Asus secara rasminya melancarkan ZenFone 4 dan ZenFone 4 Pro

Asus secara rasminya telah melancarkan siri ZenFone 4 yang telah diperkenalkan di Taiwan sebentar tadi.
Asus telah memperkenalkan 4 model didalam siri ZenFone 4 iaitu ZenFone 4, ZenFone 4 Pro, ZenFone 4 Selfie dan ZenFone 4 Selfie Pro.

Asus ZenFone 4 Pro

Asus boleh dikatakan sebagai pengeluar telefon pintar pertama didunia untuk melancarkan kesemua model telefon pintar utama mereka dengan teknologi dwi-kamera.

Majlis pelancaran Asus yang berlangsung di Taiwan sebentar tadi dengan tema WeLovePhoto ini turut dihadir oleh duta Asus ZenFone bagi rantau asia pasifik iaitu Gong Yoo yang merupakan artis terkenal Korea Selatan.

Berikut adalah spesifikasi bagi Asus ZenFone 4 dan Asus ZenFone 4 Pro.

Asus ZenFone 4 Pro yang merupakan model paling premium yang akan hadir dengan harga penjualan $599 iaitu sekitar RM 2,572 manakala Asus ZenFone 4 hadir dengan harga penjualan $379 iaitu sekitar RM 1,713.

Asus ZenFone 4 Pro dan ZenFone 4 ini akan memasuki pasaran Asia terlebih dahulu sebelum memasuki pasaran lain.

Selain itu, Asus turut melancarkan ZenFone 4 Selfie dan ZenFone 4 Selfie Pro yang memfokuskan kepada pasaran telefon pintar Selfie

Comments

comments

Share