Video Teaser Samsung Galaxy Note8 dikeluarkan


Pelancaran rasmi Samsung Galaxy Note8 akan berlangsung kira-kira 8 hari sahaja lagi dan satu  video promosi rasmi telah dikeluarkan oleh syarikat gergasi Korea ini.

Video selama 37 saat yang dikeluarkan oleh Samsung ini mengajak penonton berfikir luar daripada kotak dan membuat perkara yang lebih besar mulai 23 Ogos 2017.

Samsung Galaxy Note8 ini akan hadir dengan skrin paparan Super AMOLED Infinity Display, pemproses Qualcomm Snapdragon 825 atau Exynos 8895 ( mengikut pasaran), 6GB RAM, bateri berkapasiti 3,300mAh, teknologi dwi-kamera, pengzooman optikal dan kesan bokeh yang membolehkan anda mengaburkan latar belakang gambar.

Selain itu, Samsung Galaxy Note8 akan hadir dengan stylus pen selain pensijilan bateri 8-fasa yang akan memastikan sejarah Galaxy Note7 tidak berulang.

Samsung Galaxy Note8 akan tiba ke pasaran pada bulan September 2017 namun bagi pasaran Malaysia, kita mungkin akan menyaksikan penawaranya sekitar bulan Oktober 2017.

tonton video ini dibawah

Comments

comments

Share