Mobile Fokus

Malaysia Tech News Portal

Honor 8 Pro kini menerima sokongan Voice over LTE (VoLTE)

Honor Malaysia yang melancarkan Honor 8 Pro kira-kira sebulan lalu telah mengumumkan bahawa stok Honor 8 Pro di vmall Malaysia telah habis dijual.

Honor 8 Pro yang merupakan telefon pintar Honor terbaik di pasaran adalah salah satu model yang paling cepat habis dijual di vmall.

Honor 8 Pro ini ditawarkan pada harga RM 1,999 dan telefon pintar ini juga kini hadir dengan sokongan VoLTE dengan sokongan pada rangkaian Digi, Yes 4G dan Webe.

VoLTE adalah teknologi lebih maju dimana panggilan dibuat melalui rangkaian 4G dan anda juga mempunyai kemudahan untuk melayari internet sambil membuat panggilan tanpa menganggu kualiti panggilan HD anda mahupun kualiti pelayaran internet.

Selain Honor 8 Pro, Honor Malaysia juga mengumumkan komitmen mereka untuk menawarkan sokongan VoLTE ini kepada lebih banyak peranti Honor.

Copyright © All rights reserved. | Newsphere by AF themes.