Mobile Fokus

Malaysia Tech News Portal

Directd kini telah membuka tempahan bagi Huawei Nova 2 Plus – RM 1,999

Huawei Nova 2 Plus yang telah disahkan akan dilancarkan di Malaysia pada bulan Ogos telah mula dibuka untuk tempahan dan anda kini boleh menyambar unit Nova 2 Plus ini melalui Directd.

Huawei Nova 2 Plus ini hadir dengan harga penjualan RM 1,999 dan setiap tempahan melalui Directd akan menerima hadiah percuma bernilai sehingga RM 700.

Huawei Nova 2 Plus adalah telefon pintar pro selfie yang memiliki kamera hadapan 20MP selain kamera belakang dengan teknologi dwi-kamera.

Dengan membawa masuk telefon pintar ini, Huawei Nova 2 dan Nova 2 Plus akan menjadi taruhan terbaik syarikat untuk bersaing bersama-sama Oppo dan Vivo didalam pasaran telefon pintar pro-selfie.

  • Berikut adalah ciri yang dimiliki oleh telefon pintar terbaru Huawei ini
  • kamera selfie 20MP dengan kualiti gambar terbaik dikeadaan cahaya malap
  • pengambilan selfie dengan hanya melambaikan tangan
  • pengesan muka 3D
  • teknologi pencantikan Beautify 4.0
  • pengambilan selfie dengan mod bokeh dan previu secara langsung

Huawei Nova 2 Plus ini ditawarkan didalam tiga warna iaitu hitam, emas dan biru.

Anda boleh melakukan tempahan secara online di SINI atau mengunjungi mana-mana stor Directd.

 

Copyright © All rights reserved. | Newsphere by AF themes.