Mobile Fokus

Malaysia Tech News Portal

HTC U11 akan mendapat sokongan Bluetooth 5.0 tidak lama lagi

HTC U11 telah mula ditawarkan di Malaysia sejak dua bulan lalu dan telefon pintar ini dilihat telah mendapat sambutan yang menggalakan di pasaran tempatan.

Bagi pengguna HTC U11, ini mungkin berita yang ditunggu-tunggu oleh anda kerana HTC dilaporkan didalam proses menawarkan satu kemaskini perisian besar yang akan membawa sokongan baru seperti Bluetooth 5.0, mod skrin sRGB dan banyak lagi.

Kemaskini HTC U11 yang terbaru akan turut membawakan mod kamera yang lebih baik, prestasi peranti yang lebih efisen dan ‘patch’ keselamatan Android terkini.

Kemaksini ini akan mula ditawarkan kepada kesemua pengguna HTC U11 namun ianya akan ditawarkan secara berperingkat.

sumber

Copyright © All rights reserved. | Newsphere by AF themes.