Reka Bentuk Rasmi Samsung Galaxy Note8 dikeluarkan oleh Evleaks

Samsung secara rasminya akan melancarkan Galaxy Note8 pada penghujung bulan ini dan kita kini telah menerima satu gambar yang dikeluarkan oleh Evan Blass dari @evleaks.

Gambar yang dikeluarkan oleh Evan Blass memberikan kita visual sebenar Galaxy Note8 dan ianya dilihat hadir dengan panel hadapan yang dipenuhi dengan skrin teknologi Infinity Display.

pada bahagian belakang pula, Kita boleh menyaksikan Samsung memperkenalkan teknologi dwi-kamera yang mana buat pertama kali digunakan pada peranti ‘flagship’ Samsung.

Selain itu, Samsung juga mengambil keputusan untuk menyertakan sensor capjari dibahagian belakang iaitu selari dengan kamera dan flash LED.

Berdasarkan gambar ini juga kita boleh mengesahkan bahawa ketinggian Samsung Galaxy Note8 adalah lebih berbanding Galaxy S8.
Selain itu, Samsung Galaxy Note8 juga akan memiliki stylus S-Pen dan akan ditawarkan didalam beberapa warna termasuk hitam dan emas.

sumber

Comments

comments

Share