Mobile Fokus

Malaysia Tech News Portal

Asus telah melantik Gong Yoo sebagai duta jenama bagi Asus ZenFone 4

Asus telah melantik Gong Yoo sebagai duta jenama bagi Asus ZenFone 4 1

Asus secara rasminya telah mengumumkan bahawa pelakon dan penghibur terkenal Korea Selatan iaitu Gong Yoo secara rasminya telah dilantik sebagai duta jenama ASUS bagi rantau Asia-Pasifik yang merangkumi Taiwan, Malaysia,Hong Kong, Indonesia dan Filipina.

Gong Yoo akan menjadi duta bagi telefon pintar utama Asus yang terbaru iaitu Asus ZenFone 4 yang akan dilancarkan secara rasmi di Taiwan pada 17 Ogos ini.

Ini merupakan kali pertama Gong Yoo menjadi duta bagi syarikat teknologi global dan Asus telah mendapat keistimewaan ini.

Gong Yoo terkenal dengan lakonan beliau melalui filem yang mendapat sambutan global iaitu Train To Busan.

Gong Yoo akan memulakan tugas beliau sebagai duta jenama Asus di majlis pelancaran We Love Photo yang akan diadakan di Taiwan pada 17 Ogos.

Copyright © All rights reserved. | Newsphere by AF themes.