Mobile Fokus

Malaysia Tech News Portal

Ini adalah reka bentuk akhir Apple iPhone 8

Apple iPhone 8 yang merupakan telefon pintar edisi khas sempena menyambut ulang tahun ke-10 kewujudan iPhone yang telah mengubah landskap dunia telefon pintar ini akan dilancarkan bersama-sama iPhone 7s dan iPhone 7s Plus pada bulan September ini.

Gordon Kelly yang telah menulis satu laporan khas di Forbes telah mendedahkan reka bentuk akhir Apple iPhone 8.
Apple iPhone 8 ini dikatakan akan hadir dengan skrin paparan berukuran 5.8-inci dan reka bentuk radikal Apple ini akan menyaksikan bezel disekeliling skrin adalah hanya sekitar 4mm.

Selain itu, Apple juga akan mengekalkan pengunaan slot pengecasan lightning yang turut mempunyai fungsi sebagai picu audio.

walaupun terdapat kata-kata Apple mahu beralih kepada pengunaan USB-C, ianya ada benarnya dan kita mungkin menyaksikan Apple menawarkan kable USB-C kepada Lightning yang membolehkan pengecasan dilakukan dengan lebih pantas.

Selain itu, Apple iPhone 8 juga akan memiliki butang kuasa di sisi yang lebih panjang dan ini adalah sebagai satu alternatif untuk meletakkan sensor Touch ID sekiranya pengimplemtasi sensor capjari pada skrin gagal.

Selain itu, Apple iPhone 8 juga hadir dengan teknologi kamera berkembar yang mempunyai posisi menegak dan walaupun masih belum mempunyai sebarang maklumat mengenai konfigurasi dan resolusi lensa, Apple dijangka akan menawarkan lensa berkembar 12MP yang sama seperti pada model sebelum ini namun dengan penambahbaikan teknikal.

Gordon Kelly juga berkata bahawa Apple iPhone 8  akan menjadi iPhone termahal pernah ditawarkan oleh Apple dan harga penjualan dikatakan akan bermula dari $1,100-$ 1,200.

sumber

Copyright © All rights reserved. | Newsphere by AF themes.