Mobile Fokus

Malaysia Tech News Portal

Xiaomi Mi 6 mungkin dilancarkan di Malaysia pada bulan Ogos

Xiaomi Mi 6 mungkin dilancarkan di Malaysia pada bulan Ogos 1

Xiaomi Mi 6 yang dilancarkan di pasaran China pada bulan April yang lalu kini dilihat semakin hampir ditawarkan di pasaran Malaysia.

Mi Malaysia melalui akaun Facebook rasmi mereka telah membuat pengumuman bahawa telefon pintar utama mereka akan memasuki pasaran tempatan tidak lama lagi.

Dari segi spesifikasi, Mi 6 ini hadir dengan skrin bersaiz 5.15-inci dengan paparan HD penuh. Skrin ini juga adalah penggunaan mod “Eye Care” yang mana mengurangkan kadar warna biru pada paparan. Selain itu, ia turut menyertakan mod Ultra Dark Night Mode – membawa kadar kecerahan hanya 1nit sahaja.

Xiaomi Mi 6 mungkin dilancarkan di Malaysia pada bulan Ogos 2

Xiaomi Mi 6 ini juga hadir dengan pemproses Qualcomm Snapdragon 835, GPU Vulkan, 6GB RAM dengan dua kapasiti ROM iaitu 64GB/128GB, , bateri bersaiz 3350mAh dengan sokongan pengecasan pantas Quick Charge 3.0, NFC serta sokongan dwi-speaker. Ia mempunyai sokongan pengimbas capjari di bahagian hadapan dan menggunakan sistem operasi EMUI 8.0 berasaskan Android 7.1.1 Nougat.

Selain itu, Xiaomi Mi 6 juga memiliki kamera utama dwi-kamera dengan gabungan lensa 12MP+12MP pada bahagian belakang yang dilengkapi dengan sokongan penstabilan imej optikal 4-paksi. kamera ini juga menyokong pengambilan gambar dengan potrait (wide aperture), serta menyokong zoom optikal yang disertakan untuk merakamkan gambar dengan lebih dekat.

Xiaomi Mi 6 juga hadir dengan perlindungan percikkan air, sokongan dwi-WiFi yang menawarkan kebolehan mencapai rangkaian WiFi yang lebih baik dan pantas, serta integrasi sokongan 4G+ terkini.

Walaupun telah mengesahkan kemasukan  Mi 6 ke pasaran Malaysia, Mi Malaysia tidak memberikan sebarang maklumat harga dan tarikh pelancaran peranti ini.

 

Copyright © All rights reserved. | Newsphere by AF themes.