Samsung Galaxy Note8 akan diumumkan secara rasmi pada 23 Ogos ini

Berita baik kepada peminat siri telefon pintar Galaxy Note, Samsung Mobile secara rasminya telah mula menghantar jemputan ke majlis pelancaran Samsung Galaxy Note8 yang akan berlangsung pada 23 Ogos di bandar New York, Amerika Syarikat.

Samsung Galaxy Note8 akan menjadi telefon pintar Galaxy Note kedua selepas Note7 untuk dilancarkan sebelum IFA yang kebiasaanya akan menjadi pentas pelancaran siri Galaxy Note.

Samsung Galaxy Note8 ini sudah pastinya akan menjadi tumpuan dunia kerana ini adalah model pengganti kepada Galaxy Note7 yang telah membawa satu titik hitam didalam sejarah Samsung.

Samsung Galaxy Note8 ini dijangka akan hadir dengan skrin paparan teknologi infinty display dengan nisbah skrin 2:1, teknologi dwi-kamera dan teknologi bateri yang melalui ujian keselamatan 8-fasa.
Samsung Galaxy Note8 dijangka akan mula memasuki pasaran pada bulan September iaitu bagi pasaran Amerika Syarikat, Korea Selatan dan United Kingdom.
Pasaran utama lain termasuk Malaysia akan menerima Galaxy Note8 pada bulan Oktober 2017.

Comments

comments

Share