Mobile Fokus

Malaysia Tech News Portal

Huawei Nova 2 dan Nova 2 Plus dijangka akan tiba di Malaysia tidak lama lagi

Selepas meletakkan namanya sebagai antara pengeluar telefon pintar dengan kamera dwi-kamera terbaik dunia melalui siri P, Huawei nampaknya tidak mahu ketinggalan didalam penawaran kamera selfie terbaik kepada pengguna.

Siri Huawei Nova yang memasuki generasi kedua tahun ini nampaknya adalah percubaan Huawei untuk membawa persaingan telefon pintar pro-selfie didalam pasaran yang boleh dikatakan dikuasai oleh Oppo dan Vivo.

Huawei Nova 2 dan Nova 2 Plus telah dilancarkan di pasaran China pada bulan Mei yang lalu dan telefon pintar ini nampaknya sudah hampir untuk dilancarkan di pasaran Malaysia.

Huawei Malaysia telah mengesahkan bahawa telefon pintar Nova akan memasuki pasaran Malaysia tidak lama lagi.

Berikut adalah ciri yang dimiliki oleh telefon pintar terbaru Huawei ini
kamera selfie 20MP dengan kualiti gambar terbaik dikeadaan cahaya malap
pengambilan selfie dengan hanya melambaikan tangan
pengesan muka 3D
teknologi pencantikan Beautify 4.0
pengambilan selfie dengan mod bokeh dan previu secara langsung

 

Copyright © All rights reserved. | Newsphere by AF themes.