Mobile Fokus

Malaysia Tech News Portal

Anda boleh menonton video YouTube pada WhatsApp tidak lama lagi

Aplikasi permesejan popular yang sudah pastinya ada pada telefon pintar anda iaitu WhatsApp kini sedang menguji satu ciri baru yang mana ianya membolehkan anda menonton video dari YouTube secara terus didalam aplikasi ini tanpa perlu membuka aplikasi YouTube.

Ciri ini juga membolehkan anda melancarkan video YouTube didalam satu bingkai kecil dan dengan fungsi seperti zoom, tontonan skrin penuh dan menutup video tersebut untuk kembali kepada ruang chat.

Walaubagaimanapun, video YouTube yang dimainkan akan terhenti jika anda beralih kepada ruang chat yang lain.

Satu berita yang kurang sedap untuk pengguna Android adalah, ciri ini hanya diuji pada peranti iOS dengan sokongan dari Apple iPhone 6 dan ke atas.

Buat masa ini masih belum kedengaran sebarang berita bahawa ciri tontonan video YouTube pada WhatsApp di uji pada peranti Android dan Windows Phone namun kami pasti WhatsApp sudah pastinya tidak mahu mengecewakan pengguna aplikasi ini di platform Android.

Jika mengikut laporan ini, kita boleh mengatakan bahawa pengguna iOS akan menerima ciri ini terlebih dahulu sebelum pengguna Android.

sumber

Copyright © All rights reserved. | Newsphere by AF themes.