• Home »
  • Honor »
  • Honor 8 Pro dilancarkan secara rasmi di Malaysia – RM 1,999

Honor 8 Pro dilancarkan secara rasmi di Malaysia – RM 1,999

Huawei Mobile Malaysia secara rasminya telah melancarkan Honor 8 Pro ke pasaran tempatan dan telefon pintar ini hadir sebagai telefon pintar terbaik Honor pernah ditawarkan di Malaysia.

Honor 8 Pro hadir dengan reka bentuk berasakan gelas dibahagian hadapan dan walaupun memiliki skirn paparan 5.7-inci, Honor 8 Pro ini adalah lebih nipis daripada Apple iPhone 7 iaitu hanya 6.97mm.

Honor 8 Pro hadir dengan skrin paparan 2K berukuran 5.7-inci, pemproses Kirin 960 , 6GB RAM, 64GB memori simpanan dalaman , bateri berkapasiti 4,000mAh dan EMUI 5.1 yang berasaskan Android 7.0 Nougat.

Selain itu, Honor 8 Pro juga hadir dengan teknologi dwi-kamera 12MP dimana satu unit kamera adalah sensor monokrom manakala satu sensor lagi adalah sensor RGB ( tanpa pensijilan Leica), sokongan rakaman video Ultra 4K dan kamera selfie 8MP ( lensa lebar 77 darjah).

Honor 8 Pro kini ditawarkan melalui vmall.my didalam dua warna iaitu hitam dan biru dengan harga penjualan RM 1,999 dan bagi 100 pembeli pertama melalui vmall, anda boleh memenangi satu unit powebank bernilai RM 128 dengan hanya berkongsi pembelian anda di Facebook.

Honor 8 Pro turut telah dibuka untuk tempahan di 11street dan akan turut ditawarkan oleh Lazada Malaysia.

Honor 8 Pro juga telah menandatangani perjanjian untuk menjadi rakan eksklusif piala Mobile Legends Asia Tenggara 2017.

Comments

comments

Share