Mobile Fokus

Malaysia Tech News Portal

Pra-Tempahan Honor 8 Pro kini dibuka di 11street

Pra-Tempahan Honor 8 Pro kini dibuka di 11street 1

Honor 8 Pro yang didakwa sebagai telefon pintar terbaik Honor di Malaysia akan dilancarkan secara rasmi minggu hadapan.

Jika anda antara yang berminat memiliki telefon pintar Honor ini, pra-tempahan bagi Honor 8 Pro kini sudah dibuka 11street dengan harga penjualan RM 1.999

Honor 8 Pro hadir dengan skrin paparan QHD berukuran 5.7-inci (515ppi), pemproses Kirin 960, 6GB RAM , 64GB ROM, bateri berkapasiti 4,000mAh dan EMUI 5.0 berasaskan Android 7.0 Naugat.

Selain itu, Honor 8 Pro juga hadir dengan teknologi dwi-kamera 12MP, sokongan rakaman video Ultra 4K dan kamera selfie 8MP ( lensa lebar 77 darjah).

Honor 8 Pro ini hadir didalam tiga warna iaitu hitam, emas dan biru namun hanya dua warna yang ditawarkan oleh 11street iaitu hitam dan emas.

Honor 8 Pro yang ditempah oleh 11street akan tiba kepada pengguna pada 13 Julai dan setiap pembelian juga akan menerima hadiah percuma seperti powerbank dan kabel USB-C.

tempah Honor 8 Pro di 11street

Copyright © All rights reserved. | Newsphere by AF themes.