Mobile Fokus

Malaysia Tech News Portal

Huawei Y7 Prime akan tiba di Malaysia pada 7 Julai – RM 999

Huawei Mobile Malaysia secara rasminya telah mengumumkan penawawaran Y7 Prime di pasaran tempatan dan telefon pintar ini hadir dengan bateri berkapasiti 4,000mAh yang dikatakan mampu bertahan untuk satu hari pengunaan.

Huawei Y7 Prime ini hadir dengan skrin paparan HD berukuran 5.5-inci, pemproses Qualcomm Snapdragon 435, 3GB RAM, 32GB memori simpanan dalaman dan hadir dengan EMUI 5.1 yang berasaskan Android 7.0 Nougat.

Selain itu, Y7 Prime juga hadir dengan kamera utama 12MP, kamera hadapan 8MP, sensor capjari dibahagian belakang, slot SIM hibrid yang turut boleh digunakan sebagai slot microSD ( tambahan 128GB).

Huawei Y7 Prime akan mula ditawarkan di kesemua wakil penjual sah Huawei mulai 7 Julai dengan harga penjualan RM 999 dan ianya akan ditawarkan didalam warna hitam dan emas.

Promosi ini boleh dikatakan sesuatu yang baik namun jika anda masih berminat untuk memiliki Huawei Nova Lite, anda masih boleh mendapatkan pada harga istimewa iaitu RM 699 di Lazada Malaysia walaupun tempoh promosi telah tamat.

 

Copyright © All rights reserved. | Newsphere by AF themes.