Mobile Fokus

Malaysia Tech News Portal

OnePlus 5 kini ditawarkan secara rasmi di Malaysia

OnePlus 5 yang dilancarkan penghujung bulan lalu kini secara rasminya telah mula ditawarkan dipasaran tempatan melalui pengedar rasmi Brightstar Malaysia.

OnePlus 5 kini dibuka untuk tempahan melalui DirectD iaitu sehingga 6 Julai sebelum penghantaran mula dibuat mulai 7 Julai.

erikut adalah spesifikasi yang dimiliki oleh OnePlus 5

  • skrin paparan optic AMOLED 5.5-inci (401ppi), DCI-P3, Corning Gorilla Glass 5 (2.5D)
  • pemproses Qualcomm Snapdragon 835
  • RAM :  6/8GB LPDDR4X
  • ROM : 64/128GB UFS 2.1 2-LANE ( tiada slot microSD)
  • Bateri 3300 mAh (teknologi Dash Charge (5V 4A))
  • USB-C, NFC, Bluetooth 5.0, Dwi-SIM Nano

OnePlus 5 juga hadir dengan pemfokusan kepada penawaran teknologi fotografi yang terbaik dan dengan itu ianya hadir dengan kamera dwi-lensa yanga mana ianya menawarkan kualiti pengambilan gambar cahaya malap yang terbaik.

OnePlus 5 memiliki kamera berkembar dibahagian belakang 16MP Sony IMX 398 selain kamera telefoto 20MP Sony IMX 350. kamera ini mampu mengambil gambar potrait dan menawarkan pemfokusan pantas yang 40% lebih pantas berbanding sebelumnya. Kamera selfie OnePlus 5 adalah unit kamera 16MP yang turut dibekalkan oleh Sony

Berikut adalah harga penjualan OnePlus 5 :
OnePlus 5 6GB/64GB RM 2,388
OnePlus 5 8GB/128GB RM 2,688

OnePlus 5 akan ditawarkan didalam dua warna iaitu kelabu(versi 6GB) dan hitam (versi 8GB).

Tempahan kini dibuka secara atas talian di Directd, anda juga boleh terus ke kedai Diretd untuk melakukan tempahan.

 

 

Copyright © All rights reserved. | Newsphere by AF themes.