Mobile Fokus

Malaysia Tech News Portal

Kemaksini Android Nougat 7.1.1 kini ditawarkan bagi ZenFone 3 Zoom

Berita baik kepada pengguna Asus ZenFone 3 Zoom di Malaysia, kemaskini Android 7.1.1 Nougat bagi telefon pintar ini kini telah mula ditawarkan di pasaran tempatan.

Kemaskini Android Nougat 7.1.1 ini adalah yang ditunggu-tunggu kerana ianya akan hadir dengan fungsi kamera yang membolehkan pengambilan gambar mod potrait dimana anda boleh membuatkan latar belakang gambar dikaburkan dengan fokus hanya pada satu objek.

Selain itu, melalui Android 7.1.1 Nougat, ZenFone 3 Zoom akan turut menerima ciri-ciri berikut :

Multi-Window View – menggunakan dua aplikasi secara serentak
Quick App Switch – beralih ke aplikasi lain dengan melakukan dua kali sentuhan pada butang ‘home’
Notification Directly Reply – membalas notifikasi terus dari pusat notifikasi tanpa perlu membuka aplikasi
72 Emoji yang baru
Data Saver – menetapkan jumlah pengunaan data
Notification Controls – lebih banyak kebebasan untuk mengubah tetapan notifikasi
Display Size – mengubah saiz teks dan ikon yang dipaparkan

saiz kemaskini Android 7.1.1 Nougat ini adalah sekitar 1.2GB dan anda boleh membuat kemaskini di bahagian tetapan peranti ZenFone 3 Zoom anda.

 

Copyright © All rights reserved. | Newsphere by AF themes.