• Home »
  • Hua Wei »
  • Huawei Watch 2 kini ditawarkan bersama P10 dan Mate 9 melalui Maxis ZEROLUTION

Huawei Watch 2 kini ditawarkan bersama P10 dan Mate 9 melalui Maxis ZEROLUTION

Huawei Malaysia dan Maxis kini menawarkan satu promosi yang membolehkan anda memiliki Huawei P10 atau Huawei Mate 9 bersama-sama Huawei Watch 2.

Melalui Pelan Maxis ONE, anda kini boleh memiliki Huawei P10 dan Huawei Watch 2 pada harga serendah RM 78 sebulan manakala Huawei Mate 9 + Huawei Watch 2 pula boleh dimiliki dengan bayaran bulanan serendah RM 133.

Bercakap mengenai Huawei Watch 2 yang dilancarkan di Mobile World Congress awal tahun ini, ianya tidak ditawarkan sebelum ini dipasaran Malaysia dan Maxis merupakan rakan telko eksklusif untuk menawarkan jam pintar ini.

promosi ini akan ditawarkan melalui dua jenis pelan Maxis ONE iaitu One 158 dan One 188 dengan harga bagi pelan Maxis ONE ini adalah seperti pada jadual dibawah.

maklumat lanjut di Maxis

Comments

comments

Share