Mobile Fokus

Malaysia Tech News Portal

Huawei Nova Lite kini ditawarkan pada harga RM 699 sahaja


Musim perayaan mungkin menjadi masa yang sesuai untuk anda memiliki telefon pintar baru dan jika anda ingin memiliki telefon pintar kelas pertengahan pada harga yang lebih berpatutan, promosi ini mungkin sesuatu yang untuk anda.

Huawei Malaysia kini mengadakan promosi gila-gila raya yang mana telefon pintar Nova Lite ditawarkan pada harga RM 699 iaitu RM 300 lebih murah berbanding harga penjualan asal.

Huawei Nova Lite hadir dengan skrin paparan HD Penuh 1080p bersaiz 5.2-inci, pemproses Kirin 655, 3GB RAM , 16GB ROM dan bateri berkapasiti 3,000mAh yang dicas melalui microUSB.

Bercakap mengenai unit kamera yang dimiliki oleh Nova Lite ini, ianya memiliki kamera utama 12MP BSI dengan pemfokusan PDAF dan kamera hadapan 8MP.

Huawei Nova Lite ini juga hadir dengan EMUI 5.0 ( Android 7.0 Nougat), slot microSD, sensor capjari dibahagian belakang, Wi-Fi 802.11b/g/n dan Bluetooth 4.1.

Huawei Nova Lite kini boleh dibeli melalui wakil pengedar sah Huawei Malaysia dan juga melalui rakan penjualan online Lazada Malaysia.

sumber

Copyright © All rights reserved. | Newsphere by AF themes.