Mobile Fokus

Malaysia Tech News Portal

Asus ZenFone 3 Max kini hanya RM 899


Asus Malaysia telah mengumumkan sempena musim perayaan yang bakal tiba, telefon pintar Asus ZenFone 3 Max akan ditawarkan pada harga istimewa iaitu hanya RM 899.

Fiesta Raya yang akan diadakan sehingga 30 Jun 2017 membolehkan anda memiliki Asus ZenFone 3 Max pada hari raya dan dengan lebih nilai iaitu potongan RM 100.


Asus ZenFone 3 Max hadir dengan skrin paparan 1080p berukuran 5.5-inci, pemproses Qualcomm Snapdragon 430, 3GB RAM, 32GB ROM dan dengan ZenUI 3.0 yang berasaskan Android 6.0 Nougat.

Selain itu, Asus ZenFone 3 Max juga memiliki kamera yang baik iaitu kamera belakang 16MP dengan pemfokusan laser 0.3 saat manakala kamera hadapan adalah 8MP.

Seperti yang sedia maklum, Asus ZenFone 3 Max adalah peranti yang memfokuskan kepada penawaran bateri yang baik dan dengan kapasiti 4100mAh, ZenFone 3 Max dijangka mampu bertahan sehingga satu setengah hari pengunaan biasa.

 

Copyright © All rights reserved. | Newsphere by AF themes.