Mobile Fokus

Malaysia Tech News Portal

Huawei Honor 9 telah diumumkan secara rasmi

Huawei secara rasminya telah mengumumkan kembar kepada Huawei P10 iaitu Honor 9 dan telefon pintar ini hadir ke pasaran dengan skrin paparan (5.15-inci) 1080p DCI-P3 yang turut digunakan pada Apple iPhone 7 dan Galaxy S8.

bercakap mengenai reka bentuk Honor 9, ianya hadir dengan reka bentuk berasaskan gelas dan akan ditawarkan didalam warna kelabu , biru dan emas yang memberikan visual sangat premium bagi peranti ini.

Huawei Honor 9 akan turut hadir dengan pemproses HiSilicon Kirin 960 yang digunakan pada Mate 9 dan P10, 6GB RAM dan dua kapasiti memori simpanan dalaman iaitu 64GB atau 128GB.

Beralih kepada bahagian kamera, Honor 9 dilihat memiliki konfigurasi kamera yang sama seperti Huawei P10 iaitu kamera berkembar dibahagian belakang.


Unit kamera belakang Honor 9 adalah 12MP + 20MP yang mana ianya menawarkan kebolehan zoom optik 2x, fungsi gambar bokeh dan potrait.

Huawei Honor 9 ini tidak hadir dengan pensijilan Leica dan ini mungkin bermaksud pengambilan gambar mod monokrom tidak di tawarkan. Kamera hadapan Honor 9 adalah 8MP.

Honor 9 juga akan menyaksikan Huawei memperkenalkan teknologi sistem pembayaran mudah alih Huawei Pay iaitu melalui NFC.

Honor 9 juga akan hadir dengan EMUI 5.1 ( Android 7.0 Nougat), sokongan VoLTE, WiFi Ac dan bateri berkapasiti 3,200mAh.

Harga penjualan Honor 9 adalah seperti berikut :

Honor 9 64GB – CNY 2,700 (RM 1,692)

Honor 9 128GB – CNY 3,000 (RM 1,880)

Copyright © All rights reserved. | Newsphere by AF themes.