Mobile Fokus

Malaysia Tech News Portal

Oppo R11 dan R11 Plus diumumkan 10 Jun ini – kamera berkembar

Oppo R11 dan R11 Plus diumumkan 10 Jun ini - kamera berkembar 1

Oppo secara rasminya akan melancarkan telefon pintar dengan kamera berkembar pertama mereka pada 10 Jun ini.
Telefon pintar ini akan dikenali sebagai Oppo R11 dan tidak setakat itu, Oppo dilihat akan turut memperkenalkan versi Plus bagi model ini.

Bercakap mengenai spesifikasi yang akan dimiliki oleh R11, ianya akan memiliki skrin paparan HD penuh bersaiz 5.5-inci, pemproses Snapdragon 660, 4GB RAM dan bateri berkapasiti 2,900mAh.

Oppo R11 Plus pula akan hadir dengan skrin paparan HD penuh berukuran 6.0-inci, 6GB RAM, 128GB memori simpanan dalaman dan bateri berkapasiti 3,880mAh.

Bercakap mengenai teknologi kamera yang akan dimiliki oleh kedua-dua model ini, Oppo R11 dan R11 Plus akan memiliki kamera berkembar dibahagian belakang iaitu unit kamera 16MP+20MP manakala kamera selfie adalah 20MP dengan teknologi beautify.

Pengganti kepada telefon pintar Android No.1 tahun ini ( Oppo R9) dijangka akan mempunyai harga penjualan yang sekitar RM 1,900 – RM 2,300.

Copyright © All rights reserved. | Newsphere by AF themes.