Mobile Fokus

Malaysia Tech News Portal

Moto G5 Plus diperkenalkan di Malaysia pada harga RM1299

Moto G5 Plus diperkenalkan di Malaysia pada harga RM1299 1Moto G5 Plus diperkenalkan di Malaysia pada harga RM1299

Hari ini, Lenovo Malaysia telah melancarkan Moto G5 Plus untuk pasaran tempatan. Moto G5 Plus dan Moto G5 adalah telefon pintar berspesifikasi pertengahan yang dilancarkan di MWC pada Februari lalu.

Moto G5 Plus ini hadir dengan skrin 5.2-inci paparan HD penuh, dijana oleh pemproses Snapdragon 625, memori 4GB RAM dan storan 32 GB yang boleh diperluaskan melalui kad MikroSD sehingga 128 GB.

Untuk rakaman gambar, ia menggunakan kamera belakang 12-megapixel f/1.7 yang mampu merakam video pada resolusi 4K. Kamera hadapan pula mempunyai 5-megapixel. Bateri ia bersaiz 3000 mAh.

Ia menggunakan Android 7.0 Nougat sebagai sistem operasinya dan menggunakan pengimbas capjari pada bahagian hadapan.

Moto G5 Plus kini ditawarkan secara eksklusif di Lazada pada harga RM 1299 dengan pilihan warna kelabu dan emas. Jika anda melakukan pra-tempahan dari hari ini hingga 4 Jun di Lazada akan menerima pelan jaminan Moto Care selama 12 bulan dan Moto Flip Case berserta skrin pelindung yang kesemuanya bernilai RM 298. Pembelian selepas 5 Jun pula akan menerima sebuah Moto Flip Case percuma bernilai RM 99.

SUMBER RUJUKAN

Copyright © All rights reserved. | Newsphere by AF themes.