Mobile Fokus

Malaysia Tech News Portal

Sony melancarkan Xperia XZ Premium dan XA1 Ultra di Malaysia

Sony melancarkan Xperia XZ Premium dan XA1 Ultra di Malaysia 1Sony melancarkan Xperia XZ Premium dan XA1 Ultra di Malaysia

Hari ini, Sony Malaysia telah memperkenalkan dua telefon pintar yang baru untuk pasaran Malaysia, iaitu Xperia XZ Premium dan XA1 Ultra.

Sony melancarkan Xperia XZ Premium dan XA1 Ultra di Malaysia 1

Telefon pintar Xperia XZ Premium ini merupakan peranti yang berspesifikasi tinggi dengan penawaran skrin 5.5 inci paparan 4K HDR, pemproses Snapdragon 835, memori 4GB RAM dan storan 64GB UFS.

Untuk rakaman gambar, ia menggunakan kamera belakang 19-Megapixel f/2.0 dan kamera hadapan 13-Megapixel f/2.0. Kamera belakang turut mempunyai teknologi Motion Eye yang membolehkannya merakam pada tetapan 960 FPS. Ia turut dilengkapi dengan bateri berkapasiti 3230 mAh yang disertakan dengan sokongan pengecasan pantas melalui port USB-C.

Sony melancarkan Xperia XZ Premium dan XA1 Ultra di Malaysia 3

Bagi Xperia XA1 Ultra pula, ia hadir dengan skrin 6-inci beresolusi 1080p, dijanakan oleh pemproses MediaTek Helio P20, memori 3GB RAM, ruangan storan sehingga 64GB eMMC, serta bateri sebesar 2700mAh. Ia menggunakan kamera belakang 23-megapixel dan kamera hadapan 16-megapixel.

Pra-tempahan untuk kedua-dua peranti terbaru Sony ini bermula hari ini sehingga 4 Jun di rangkaian Sony Stores, Sony Mobile Stores, 11Street dan penjualan peranti terpilih.

Sony Xperia XZ Premium dijual pada harga RM 3399 di Malaysia dengan pilihan warna Luminous Chrome dan Deepsea Black. Pelanggan yang membuatkan pra-tempahan akan menerima fon kepala SBH80 bernilai RM399, kad Touch ‘n Go bernilai RM100, perlindungan Screen Warranty Care+ dan kerangka lutcahaya bernilai RM 728.

Sony Xperia XA1 Ultra pula berharga RM 1899 dengan pilihan warna hitam, putih, merah jambu dan emas. Pelanggan yang melakukan pra-tempahan akan menerima pengecas pantas UCH12W bernilai RM199 dan kerangka lutcahaya bernilai RM 328.

SUMBER RUJUKAN

Copyright © All rights reserved. | Newsphere by AF themes.