Mobile Fokus

Malaysia Tech News Portal

OPPO A77 bakal dilancarkan di Malaysia pada minggu depan

OPPO A77 bakal dilancarkan di Malaysia pada minggu depan

Telefon pintar baru OPPO yang dipanggil OPPO A77 diperkenalkan pada minggu lalu. Kini, peranti ini dengan kemampuan selfie yang tinggi ini akan mula dijual bermula minggu hadapan.

Dari segi spesifikasi, OPPO A77 ini ini hadir dengan skrin 5.5 inci paparan HD penuh, pemproses 1.5 GHz lapan teras MediaTek MT6750T, memori sebesar 4 GB dan storan 64 GB yang boleh diperluaskan melalui kad mikroSD sehingga 128 GB.

Untuk rakaman gambar, ia menggunakan kamera belakang 13-Megapixel f/2.2 dan kamera hadapan 16-Megapixel f/2.0. Ia turut disertakan dengan bateri bersaiz 3200 mAh dan pengimbas cap jari pula terletak pada bahagian dagu.

Peranti yang menawarkan tubuh yang diperbuat daripada logam sepenuhnya ini akan dijual di pasaran tempatan pada minggu depan dengan pilihan warna emas sahaja. Harga jualan untuk OPPO A77 ini akan diumumkan kelak.

Copyright © All rights reserved. | Newsphere by AF themes.