Mobile Fokus

Malaysia Tech News Portal

Nubia M2, M2 Lite dan N1 Lite bakal diperkenalkan di Malaysia

Nubia M2, M2 Lite dan N1 Lite bakal diperkenalkan di Malaysia 1Nubia M2, M2 Lite dan N1 Lite bakal diperkenalkan di Malaysia

Pada bulan Mac yang lepas, nubia telah melancarkan dua telefon pintar bersiri M iaitu nubia M2 dan M2 Lite. Mengikut liputan daripada Mdroid, kedua-dua peranti ini akan diperkenalkan di pasaran Malaysia tidak lama lagi.

Sebelum ini, nubia M2, M2 Lite dan N1 Lite telah dikesan di pangkalan data SIRIM dan ketiga-tiga peranti ini akan dilancarkan di pasaran Malaysia pada bulan Jun.

Nubia M2, M2 Lite dan N1 Lite bakal diperkenalkan di Malaysia 2

nubia M2 hadir dengan skrin 5.5 inci paparan AMOLED HD penuh, pemproses Snapdragon 625, RAM sebesar 4GB, storan 64/128GB, bateri bersaiz 3,630 mAh yang datang dengan sokongan NeoCharge (5V/5.2A) serta pengimbas capjari di bahagian hadapan. Ia mempunyai dwi-kamera belakang 13 megapixel dan kamera hadapan 16MP.

 

Nubia M2, M2 Lite dan N1 Lite bakal diperkenalkan di Malaysia 3

nubia M2 Lite pula menawarkan skrin 5.5 inci paparan 720p, pemproses Mediatek MT6750, RAM sebesar 3/4GB, storan 32/64GB, bateri berkapasiti 3,000 mAh serta pengimbas capjari. kamera belakang ia adalah 13MP dan kamera hadapan pula adalah 16MP.

Nubia M2, M2 Lite dan N1 Lite bakal diperkenalkan di Malaysia 4

nubia N1 Lite pula mempunyai skrin 5.5 inci paparan HD, pemproses MT6737, RAM sebesar 2GB, storan 16GB, pengimbas capjari dan bateri bersaiz 3,000 mAh juga. nubia N1 Lite menggunakan kamera belakang 8MP dan kamera hadapan 5MP.

SUMBER RUJUKAN

Copyright © All rights reserved. | Newsphere by AF themes.