Mobile Fokus

Malaysia Tech News Portal

Wiko Harry dilancarkan di Malaysia pada harga RM599

Wiko Harry dilancarkan di Malaysia pada harga RM599

Wiko telah melancarkan telefon pintar berspesifikasi pertengahan di pasaran Malaysia yang dipanggil Wiko Harry. Peranti ini kini dijual di pasaran tempatan pada harga RM599.

Dari segi spesifikasi, ia hadir dengan skrin 5 inci paparan HD, pemproses empat teras 1.3GHz, RAM sebesar 3GB, storan 16GB yang boleh diperluaskan melalui mikroSD dan bateri berkapasiti 2500 mAh.

Untuk rakaman gambar, ia menggunakan kamera belakang 13 megapixel dan kamera hadapan 5 megapixel. Ia turut menawarkan dwi-SIM dengan sokongan rangkaian 4G LTE. Wiko Harry ini menggunakan sistem operasi Android 7.0 Nougat.

Wiko Harry ini terdapat dalam dua pilihan warna iaitu kelabu dan emas. Ia kini boleh didapati di keseluruhan Malaysia pada harga RM599.

 

Comments

comments